madah pujangga

berputus asa ibarat gagal sebelum gagal...percayalah walaupun masa sudah semakin singkat, namun masih belum terlambat untuk memulakan langkah....^_^

Sunday, July 1, 2012

r.e.z.e.k.i

kita ni masih hidup pun dikira bersyukur dah kan? masih boleh tersenyum, masih boleh ketawa. sihat alhamdulillah. tak susah macam saudara kita kat palestin, kat afghanistan.tak mengeluh pun, rilek je diorg, gigih berjuang menegakkan Islam. kita? kita selalu sahaja mengeluh tentang rezeki. duit hilang pun kecoh, duit tak cukup pun kecoh. nak sedekah pun berkira2 dulu. ye, aku mengaku aku macam tu. aku tak cakap kat orang, aku cakap kat diri sendiri sebab aku pun manusia biasa. masih banyak yang perlu diperbaiki.


abang yang aku paling kagumi , paling aku hormati. sedikit sahaja kata nasihat dari dia, membuatkan aku terfikir, merenung balik realiti kehidupan. " duit hilang pun bising2, cakap kat sini, cakap kat sana, nun kat afghanistan mungkin makan pasir, mungkin makan batu. siapa tahu? kalau andaikata batu/ pasir yang menjadi makanan ruji diorg diambil, kena curi maka apakah makanan diorg utk hari ini? mungkin dihati kecil mereka "makanan kita dah dicuri, kita nak makan apa ye ari ni?" makanan kita dah dibom. err, kita? kita makan nasi, siap boleh memilih.tak sedap, tak nak makan lah. mengada-ngada.  kalau nak cakap pasal rezeki Allah ni, kat mana-mana pun ada rezeki. luas.

tak silap aku, ustaz azhar ade cakap " kalau kita anggap sekeping ijazah tu boleh bg kita kerja, maknanya kita tak yakin dengan Allah".(lebih kurang macam ni, kalau salah, i'm sorry). nauzubillah. rezeki tu Allah yang bagi. kita ada ijazah ke kita ada master ke phd ke, kalau Allah tak nak bagi lagi rezeki kat kita, takkan boleh nya rezeki tu. betul tak? aku ijazah sarjana muda pendidikan tp masih mengganggur. for the past 6 months. peluang untuk posting, untuk menjadi guru masih lagi kabur di saat dan ketika ini tapi Allah ada bukakan peluang untuk aku.btw, i got 2 interviews before. interview pertama, aku ditanya soalan sebegini : belajar kat UPSI ye, bukan jadi guru ke nanti? kenapa mintak kerja ni? . err = =". takpe, bukan rezeki aku lagi. second interview: i didn't go because i got problem to go there. takpe, sekurang-kurang Allah tunjukkan aku rezeki Allah ada kat mana-mana. cuma kita sahaja, usaha pun kena lebih. :)


dan aku masih lagi dalam proses belajar. belajar motor. hee. aku sedikit lembap dalam hal sebegini daripada orang lain. tapi takpe, aku akan cuba sehingga aku berjaya walaupun untuk start motor sahaja, aku perlu berlatih 2 minggu. aku mesti boleh. aku akan cuba supaya aku boleh amek lesen jugak nanti.

sekarang ini, aku masih menunggu jawapan. jawapan yang bakal merubah masa depan aku. insyaAllah. aku masih menunggu jawapan, sama ada aku diterima atau tidak untuk menyambung master. jika tidak diterima, aku tahu apa yang perlu dilakukan. insyaAllah. All the best, 포기하지 마!!!!! 열심히 ~~


It's okay if you fall.
You can just get up again.
Why don't you look up at the sky, while you're down there.
The blue sky spreads across above you.
Can you see it smiling at you?
You are alive.
(aya kitou)

p/s: live your life wisely while it lasts. :)


No comments:

Post a Comment