madah pujangga

berputus asa ibarat gagal sebelum gagal...percayalah walaupun masa sudah semakin singkat, namun masih belum terlambat untuk memulakan langkah....^_^

Sunday, June 9, 2013

LIVE AS WHAT WE OUGHT TO DO.


It has been a long time since i updated my blog. puhh. berhabuk dan bersawang. * ayat cliche semua orang bila lama dah tak post entry* ada aku kesah?

Sungguh. hidup ni kadang straight kadang bengkang bengkok. betul ke tak aku eja ni?. Dahlah dah banyak dosa sebelum-sebelum ni, dah tak terkira. ni tambah lagi di jalan yang tak lurus nie. berapa banyak dah nak kena tanggung? adoyai. well, apapun aku risau kalau aku terus berada di jalan yang tak berapa nak straight nie. Ye lah, iman manusia pun boleh berubah2. bertambah dan berkurang. Aku ni memang sah la manusia.  I want to change. really. henceforth, being a better muslimah is what i need to do. compulsory.

Alhamdulillah, Allah uji aku lagi. Aku nak jadi orang yang bersyukur. Aku nak jadi orang yang ikhlas. Aku nak jadi orang yang sabar. Aku harap aku bisa. Hidup ada pasang surutnya. Ada bahagia ada duka.

Allah, terasa lesu langkah kaki ku ini. Tunjukkan aku jalan, tunjukkan aku cahaya. Kuatkan imanku.
Allah uji sebab aku mampu. Allah uji sebab Allah sayang.

aku kena kerja keras. aku nak berjaya kat akhirat, kat dunia. tak nak gagal kedua-duanya. tapi semua itu kuasa Allah. Lemah aku ini. sungguh kerdil di dunia ini, apatah lagi di sisi Mu ya Allah. Hanya Allah saja yang layak disembah. Hanya padaMu aku sembah, hanya padaMu aku memohon pertolongan. Bantu lah aku ya Allah. bantu lah aku.

tidak layak bagiku memintaMu cepat memperkenankan doaku, aku tahu suatu hari nanti akan tiba juga sesuai dengan masa, aku hanya kena berdoa. berdoa dan terus berdoa agar dipermudahkan.
aku lemah. aku insan yang hina. ya Allah, teguhkan hati kuatkan imanku. ALLAH ALLAH ALLAH.

Everything happens for a reason. Just have a faith.

Tuesday, August 28, 2012

C.A.B.A.R.A.N

ya Allah. sungguh. bukan aku tak mahu dengar cakap, tapi aku tak tahu apa yang dicakapkan. aku dengar apa yang cg memandu aku ajar, jelas, tp aku tak tahu kemana maklumat tu menghilang. bukan aku tak fokus, aku fokus, tapi kenapa aku still buat suka hati. ya Allah, cg memandu aku tu punyalah bukan main baik lagi, aku sedih tgk muka dia kecewa. ya ALLAH, mcm mana ni? apa masalah aku sebenarnya? terlalu lembap. seolah2 aku ini anak kecik yang tidak tahu apa-apa. i'm 23 years old already. old enough to understand. but why i can't keep anything in my mind. kosong kosong kosong. 

Aku sabar, tapi bukan semua orang boleh sabar kan. td aku try memandu kereta abg aku, ya Allah, memang  totally out la. nak undur lepas je, tp nak pusing corner macam harem. ayah aku siap cakap habis nak pandu macam mana kalu dah "benok' macam tu. kuang2. alahai sedih betul ngan diri sendiri. apa la masalah aku sebenarnya nie? since when otak aku tak leh nak terima apa2 yg org cakap. totally babo kateunde. jeongmal. 

moto ok dah. nampak masa hadapan yang aku dah boleh bawa motor atas jalan. masalah sekarang adalah kereta. td cg cakap bawa atas jalan dah ok, masalah sekarang bukit, parking memang the hardest la, bukan aku yang rasa, cg aku mcm nak nangis je time nak parking tu, aku rilek je. ish2. macam mana lah msa hadapan aku nie. 

since dah nak sambung belajar. so cg aku suh stop dulu belajar kete. nanti lah sambung balik. letih nak pikir mende nie. macam mana lah weii. masalah besar nie. risau risau risau. 

Sunday, July 1, 2012

r.e.z.e.k.i

kita ni masih hidup pun dikira bersyukur dah kan? masih boleh tersenyum, masih boleh ketawa. sihat alhamdulillah. tak susah macam saudara kita kat palestin, kat afghanistan.tak mengeluh pun, rilek je diorg, gigih berjuang menegakkan Islam. kita? kita selalu sahaja mengeluh tentang rezeki. duit hilang pun kecoh, duit tak cukup pun kecoh. nak sedekah pun berkira2 dulu. ye, aku mengaku aku macam tu. aku tak cakap kat orang, aku cakap kat diri sendiri sebab aku pun manusia biasa. masih banyak yang perlu diperbaiki.


abang yang aku paling kagumi , paling aku hormati. sedikit sahaja kata nasihat dari dia, membuatkan aku terfikir, merenung balik realiti kehidupan. " duit hilang pun bising2, cakap kat sini, cakap kat sana, nun kat afghanistan mungkin makan pasir, mungkin makan batu. siapa tahu? kalau andaikata batu/ pasir yang menjadi makanan ruji diorg diambil, kena curi maka apakah makanan diorg utk hari ini? mungkin dihati kecil mereka "makanan kita dah dicuri, kita nak makan apa ye ari ni?" makanan kita dah dibom. err, kita? kita makan nasi, siap boleh memilih.tak sedap, tak nak makan lah. mengada-ngada.  kalau nak cakap pasal rezeki Allah ni, kat mana-mana pun ada rezeki. luas.

tak silap aku, ustaz azhar ade cakap " kalau kita anggap sekeping ijazah tu boleh bg kita kerja, maknanya kita tak yakin dengan Allah".(lebih kurang macam ni, kalau salah, i'm sorry). nauzubillah. rezeki tu Allah yang bagi. kita ada ijazah ke kita ada master ke phd ke, kalau Allah tak nak bagi lagi rezeki kat kita, takkan boleh nya rezeki tu. betul tak? aku ijazah sarjana muda pendidikan tp masih mengganggur. for the past 6 months. peluang untuk posting, untuk menjadi guru masih lagi kabur di saat dan ketika ini tapi Allah ada bukakan peluang untuk aku.btw, i got 2 interviews before. interview pertama, aku ditanya soalan sebegini : belajar kat UPSI ye, bukan jadi guru ke nanti? kenapa mintak kerja ni? . err = =". takpe, bukan rezeki aku lagi. second interview: i didn't go because i got problem to go there. takpe, sekurang-kurang Allah tunjukkan aku rezeki Allah ada kat mana-mana. cuma kita sahaja, usaha pun kena lebih. :)


dan aku masih lagi dalam proses belajar. belajar motor. hee. aku sedikit lembap dalam hal sebegini daripada orang lain. tapi takpe, aku akan cuba sehingga aku berjaya walaupun untuk start motor sahaja, aku perlu berlatih 2 minggu. aku mesti boleh. aku akan cuba supaya aku boleh amek lesen jugak nanti.

sekarang ini, aku masih menunggu jawapan. jawapan yang bakal merubah masa depan aku. insyaAllah. aku masih menunggu jawapan, sama ada aku diterima atau tidak untuk menyambung master. jika tidak diterima, aku tahu apa yang perlu dilakukan. insyaAllah. All the best, 포기하지 마!!!!! 열심히 ~~


It's okay if you fall.
You can just get up again.
Why don't you look up at the sky, while you're down there.
The blue sky spreads across above you.
Can you see it smiling at you?
You are alive.
(aya kitou)

p/s: live your life wisely while it lasts. :)


Tuesday, June 12, 2012

~p.i.l.i.h.a.n~

if we were giving the chance to choose, of course we'll choose the good, the best qualities right? no one want the bad, the throw away. everything needs a firm decision then. in life, we need to choose one between 2 different situations that can be a heartbreaking for the left one. either pick will lead to a heartbroken.

semua orang nak bahagia dalam hidup. aku nak bahagia. even orang gila pun pasti nakkan kebahagian. ke takde orang yang nak bahagia?  ade yang nak derita ke? tapi itu la hidup selalu sahaja derita yang mendampingi, sungguh sukar mengapai bahagia kan? 

i hate to choose, hate to be chosen. it's hard to make a decision but still a decision need to be made. i did chose the wrong path before. afraid that it will be the same again. i did tried my best but Allah knows better right? just follow the lead and have faith with him~ :)

i'm dilemma actually. there's something that not yet completed. the obligation that we need to fulfill. aku teringat apa yang abang aku cakap kalu dah jadi macam ni, tak boleh buat macam tu kat orang. tak baik. should settle the things in one day. cant' hold it longer. took the money but the service is lacking everywhere. it's hard for people to believe you once again right?. believe me because i'm the one who communicate with them. me too, them too. sungguh hebat ujian Allah untuk kami for the past 3 months. but still the problems is not solve yet. there's nothing i can do. tersepit~ sungguh.  nevermind we just need to wait for the bright future. Allah knows the best.

Monday, May 28, 2012

STILL

Sometimes terpikir ke mana arah tuju hidup aku lepas nie? no no, bukan maksud aku syurga or neraka (Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu namun tak pulak aku sanggup ke nerakaMu)  tp apa yg akan aku buat lepas nie? boleh ke aku jadi seorang yang digelar cikgu? boleh ke aku bantu keluarga aku?banyak bende yang nak kena pikir sebenarnya. the solution too.


aku teringat akan satu kata-kata ni, tak sure sape yang cakap.
"bukan salah ayah kita kalau kita miskin, tp salah kita sebab tak berusaha tingkatkan diri kita. " ini ayat mcm aku edit je nie, tak tahu nk bagi kredit kat sape. hee. so, semua terpulang atas diri kita. nak jadi miskin ke nak jadi kaya ke, nak berjaya ke, nak rosak akhlak ke, semua terpulang kat diri kita. sendiri buat sendiri mau tanggung ar. kan? 


hajat di hati aku ingin smbung belajar, i mean sambung wat master sbb dah ade peluang utk belajar secara free. kalau bayar, aku tak nak. haha. but at the same time aku terpikir who's going to take care of my father? i'm not been home for 3 weeks, its already a heart-aching. whoa. apakah yg harus aku lakukan?


orang cakap there will be a good news on August this year. the unsure news. dunno. only Allah knows the best. I do have some hope. May Allah shows me the way.i do believe in HIM. InsyaAllah :) 


Sunday, July 24, 2011

okeh! saya tertekan!!!!

salam. annyeong. konichiwa..huh, bukan konichiwa, kecewa tau dak???

pergh, ari ni mmg tamparan yang hebat la. macam2 hal wa ckp lu.
lecturer aku mai observed, masalah betul student aku p tido pulak. bapak berani oo. x hormat lecturer aku langsung. aku ??mmg sah la diorang x hormat aku kalu gaya lagu tu kan?? haha. adeh la.

dah la aku x reti nak wat lawak. budak2 pandai suh aku buat lawak?? aku mne reti. i'm losing my sense of humor. sheesh. x guna betul la. apa nak jadi ngan aku x tahu. banyak gilakkkkkkkkkkkk kena baiki. mampus lah markah aku hari nie, macam apa g??

aku pun x tahu dah nak ubah diri aku macam mne. konfident tu tahap paling bawah oo. mmg aku la pemenang dia. haiyo.

buntu. ya Allah, give me some sunshine. give me another chance to grow up once again. all is well.

Wednesday, March 16, 2011

this is how i feel right now.

Semalam aku kelukaan
Kecewa kehampaan
Mencalar ketabahan
Mimpi yang sering ku harapkan
Menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian…

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untukku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya
Haruskah aku mengalah
Namun jiwaku berbisik
Inilah dugaan

Dan mataku kini terbuka
Ada hikmah dugaan
Uji keimanan (menguji keimanan)
Dan di lontarkannya ujian
Di luar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpinlah diriku
Ku bangkit semula
meneruskan langkah perjuangan ini
cekalkan hati
dan semangat ku punya kau… ketabahan…
agar mimpi jadi nyata
padamu ku meminta

daku mohon agung kudratmu
wahai tuhan yang satu
segalanya dirimu…


p/s: langkah tercipta

Saturday, March 5, 2011

Deafening Silence.

whoa, i really hate this kind of situation. what should i do then.
i swear that i will never let it happen for twice . it's just not nice to do this. 
seriously. hmm, for "that" person, i am so sorry for troubling you. hoho.

Wednesday, January 19, 2011

reality hurts lying bites~ live hell or live well? we choose..

selama ni aku duk asyik layan perasaan je...
duk mendownkan diri je.
.selalu rase diri aku ni malang..
selalu rase kenapa orang lain dapat lebih dari aku,,
kenapa orang selalu pandang rendah ke aku, 
kenapa orang selalu buli aku,
kenapa aku x leh wat ape2 yang berguna pun..
kenapa??
 and the rest is history..

tapi hari ni aku tahu kenapa...
but i won't tell you that..

hinanya aku Ya Allah..
sampai  semua nama syurga pun aku tak tahu..
aku tahu ada 8..
tapi aku x ingat semua..
manusia jenis apa aku ini??
padahal nama aku sendiri ialah nama syurga...
what's going to happen now??

.i feel really bad.
so bad.

i will change my self..
i will remember that.
promise.


Tingkat dan nama-nama syurga ialah :- 
 1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkat dan nama-nama neraka adalah :- 
 1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah 


dan moga kita semua termasuk dalam syurga firdaus...
syurga yang paling atas..
dan jauhkan kami dari azab neraka ya Allah..
Amin..

p/s: kembara mencari reda..

Tuesday, January 18, 2011

SHOOT

Take a bite from my plate, chew, then talk.
 if and only if you do not throw up first.
don't bother to ask if you don't bother to care!

hoho, kalu dengar ayat tu macam aku tengah broken heart je kan...
macam ada masalah dunia ekonomi rumah tangga jer..
tader la..aku x frust pun..
rumah tangga aku pun x der lagi...single lagi nih...
sape2 berkenan, sila masuk minang aku...keke..*gatal lah pulak kan*
 tengah berkeyakinan tinggi lagi nih..
haha... gila minah ni..

tak la, serius beb..
memang aku dah berkeyakinan sedikit sekarang berbanding sebelum ni..
alhamdulilah..
sekarang ni kalu jalan, pandang muka orang pun rilek je, kalu dulu pandang 2 saat pun x lepas..mula lah mata aku tengok lantai..
bukan main antisocial lagi..tp Alhamdulilah skrg ni ade lah perbezaan sikit..
well, people do change..
sebab aku dapat gained confident when i off from my university..
bukan aku kena buang u ke apa, tapi sebab aku diberi peluang jadi wakil u aku tuk one event ni at another u...aku jadi lebih berani la sikit..haha..ape yang aku nak cakap ni??
okay, drop the subject..

aku tgh baca novel ni sekarang..huhu..ade kena mengena ke?

hmm,
even micro teaching aku agak offhanded semalam, aku still happy..
x la rase down sangat kan..
cuba lagi utk masa depan...
banyak lagi tuh micro teaching aku nak kena wat..
tapi x per..
USAHA TANGGA KEJAYAAN..
bru leh jadi cikgu cemerlang kan..Amin,..

macam ape lak aku nih kan..
asyik cite pasal diri sendiri je...
macam bagus je kan..
tp aku rase ni lagi bagus kot..haha..
aku x kacau orang...
aku x kutuk orang...
rilek3 sudah,..




i look at sky, it looks back at me
i can't hear the silent melodies
i know that i'm here yet i am lost
blown in confusion by the breeze


p/s: follow the flow~


Thursday, November 4, 2010

사랑합니다 (saranghamnida)

Mlm ni dalam kul 10 lebih kurang, aku n kwn2 aku (2 org je pun)  start study..(semangat berkobar2 nih)...haha..nak final katakan...study punya study, (cess, mcm ada peristiwa hebat je berlaku)...hmm,.kami cuma mampu bertahan satu jam je...huk2x...sekadar berhasil jawab 2 soalan..huhu...muka x yah cakap ar..gigih nak mati...haha...bukan gigih sbb study tapi gigih tengok hero-hero korea duk menari...tu lah, sape suh pasang lagu korea time ngah study...x pasal2 study korea...(hebatnya pengaruh korea ke aku)..huhu...lepas kul 11, sorang kwn aku terus tarik diri dari study...dia ckp nk naik bilik dia...tengok tu...haha...x mood dah nak study...



ni lah antara orang2 yang buat aku x leh study...ish2

hmm, ayat2 aku yang atas tu semua mukadimah je tu..haha...then, aku cakap ar kat kwn aku yang tinggal sorang lagi nih...

aku: "aku lapar"...(sambil wat muka cute gitu...haha...cute ke??..perasan lebih)...

kwn aku: "eh, mu lapar?" (kwn aku ore kelantan..hehe)

aku: "lapar, mkn burger best jgk"

kwn aku: "meh turun bilik aku, aku wat nasik goreng"

aku: "eh, betul ke?"

kwn aku: "ho, betul la..meh aku masak nasi goreng ke mu"

aku: "doh mu lapar x?"

kwn aku: x


then bla bla (mne aku nk ingt, ingtn aku ni jenis jngka pendek je)...

ape yg cuba aku nk smpaikan>??..hehe...ko tahu x ape tu rasa dihargai?? disayangi...pergh...for first time in my life, aku terasa dihargai beb...serius aku terharu (tp air mata aku x kuar ar, kalau org lain, mesti dah sebak ni...huhu)

seumur hidup aku, tak pernah aku rasa dihargai sama macam ni sekali..serius, aku sangat2 terharu lah dengan kawan baik aku ni...memang betul2 jjang (mcm terbaik la, lam bhsa korea) la...hehe...you are really my "chingu"...ya, i heart you so much...ngeh2...dah la first time aku mkn nasi goreng kunyit...dia mmg buat utk aku khas...hanya utk aku..even dia x lapar pun, sanggup tuh mskkn utk aku, dah lah guna barang2 mskn dia....waa...terharu x sidang hadirin sekalian??.(dah start nk melalut lah aku ni)...aku mmg terharu...dah la sedap lak tuh...x sedap lain pulak cite die...haha...serius sedap beb...hehe...bukan x de orang yg tolong masak utk aku, ade ramai..hehe...kakak aku, rumate aku (i appreciated it too)....tp, yg ni paling dihargai lah..sbb kwn aku ni msk khas utk aku..khas smpai dia x berniat pun nk mkn mknn tu..(tuan2 dpt tangkap apa yg sy mksdkn??)...huhu...



lebih kurang mcm ni lah nasi gorengnya...
p/s: gmbr sekadar hiasan...(x smpt nk tngkap gmbr, aku dah msukkn lam perut..hehe..so, google it)



thats why, i want dedicate my special thanks to;

SUZAITUL ADWINI,

 thanks a lot for being my best friend...(lame dah x speaking, for sure lintang pukang grammar aku...haha..)...


p/s:

*kwn2 baik aku yg lain, jgn jeles...ni entry khas utk sue, hehe..lain kali korang pulak amik turn ye...*

*aku jarang ade kwn baik, tp bile aku start anggap org tu kwn baik aku, insyaAllah smpai bila2...amin...*

*aku x de lah terpengaruh sgt ngan cite korea pun, sj je nk exaggerate .... yg penting, janji rock*

Friday, October 29, 2010

Korea

sendiri..hehe...rumet aku dah balik...housemate tersayang aku pun dah balik...tinggal adik2 je nih...

akhirnya selepas 2 hari aku gigih mendaftar kursus, (gigih smpai nak lempang orang...hahaha).. leh juga daftar kursus...selesai....tapi tetap x puas hati la...aku nak amik bahasa korea....huwaaa....korea tu bahasa ke 4 aku tuh, ko tahu..ish2..mmg aku ade asas sikit2 pasal bahasa ni tp aku nk belajar lgi...aku nk upkan lagi bhsa ni smpai  aku boleh tgk cite korea tnpa subtitle (sikit je lagi)...tolong lah...huhu...kenapa lah aku x leh add bhsa korea sem lepas??...

serba salah dowh...mmg lah boleh add sem depan..tapi aku tahu aku mmg akan buzy sem depan...projek tahun akhir tuh...nak mampus...ngan microteaching whatsoever lah....huwaa...buzy2....pastu korea????.huhu..(sila baca ikut nada suka hati, baca smpai huhu sekali)

aku mmg minat korea..culture dia, tmpt dia, orang dia....orang dia lagi aku minat...waaa....dah la pakwe aku belajar kat korea...makin lah aku minat  terlebih2 dengan korea nih...nnti aku nk ckp ngan pakwe aku bhsa korea je...honeymoon kat korea...wah, bestnye...haha...perasan2....(bile masenya aku ade pakwe??)...haha...ni nak jadi gedik ni...ish2...

Ni lah pakwe aku..hensem kan??

haha...aduii...hensemnya lah....hmm, so nak add ke x ni bhsa korea??..buntu beb...kenapalah sem ni baru ko bagi aku add, sem lepas x nak pulak...kan dah susahkan aku...bijak benar u aku ni...haiya...aku x nak amik risiko menambahkan kebizian (suke hati je aku eja) aku tuh...projek tahun akhir (pta) tu salah satu syarat nk graduate tuh...penting kot..kan aku duk gedik2 belajar bhsa ni, leh effect pulak pta..yelah, pta tu aku x minat....korea ni aku minat, sah2 aku tumpu lebih kat korea....


hoho...baru aku sedar aku x leh bahagi masa dengan baik....huwaa...x pe3...rilek2 je HYUN (ni name korea aku...ngeh2)...xpe2...aku boleh belajar bile2 kan...sendiri pun boleh...lagipun aku dah ade basic pun...ok...(silalah positif)...ok....



Tuesday, October 26, 2010

dinamik

pergh..tajuk mcm ape je....mcm educated sngt la pulak kan....sebnrnya aku nk ckp ni je, perangai manusia mmg berubah2 kan??...haha...akulah tu...x leh nk tetap ngan satu perangai...kadang-kadang sakit hati gak dengan diri sendiri... aku nk pukul diri sendiri kan...Islam cakap x baik pulak menzalimi diri sendiri...jadi aku kena guna konsep bersabar dan redha...hihi....

tu bukan isi utama pun...tajuk pun x de kaitan ngan isi penting yg aku nk smpaikan...ko ingat aku nk tulis karangan bm??..ikut aku la nk tulis ape pun kan...haha....(kerek giler)....

actually, aku duk perhati kwn2 aku punya status kat fb...macam2 ada...aku punyer status pun mcm tu jgk la agaknya,,,,ade yg emosi, ade yg duk jiwang, ada yg bg pengisian ilmu dan yg pasti ade juga status yg mengarut x tentu pasal..haha,...ntahlah nak dekat ngan exam ni, masing2 duk wat luahan hati lah kat fb tu...ape yg aku nak cuba smpaikan ni??..haha...aku pun x tahu...merepek sudah...

abaikan saja repekan aku tuh...x bermanfaat langsung...

lepas aku tgk balik entry2 aku sebelum ni, SAH aku mmg seorang yang emosi...dah pndai sensetip wa ckp lu...mak aii...tanak la mcm ni..emosi2 pebende la....nonsense...dah, mulai hari ni, azam aku: no more emosional...

insyaAllah...aku tahan lah ape2 je yg aku nk marah tu....x yah nk luah kat sini la...kan org ckp aku suka cari gaduh lak kan??...sape pernah gaduh ngan aku angkat gigi.....haha..bangang...try to improve myself to the better way...huahuahua..

Tuesday, October 19, 2010

Buddies~

yeah...done 1 assignment tonight...sy happy..=)..

actually i'm not so happy..
kau hancurkan aku dengan sikap mu,
x sedarkah ko telah menyakiti ku???

kenapalah aku boleh bad mood ari ni..x faham aku...21 thun aku hidup atas bumi yang panas ni, x pernah2 nk bad mood kejadah ni...mungkinkah pengaruh org??...asyik nk slhkan org je aku ni...x de pilihan sangat dah ke??...x tahulah sy...

kwn2...ntahlah....

dear buddies,

   For things I did wrong,
   For words which might hurt,
  For jokes u can’t take and
  For advise u can’t accept,
  1001 apologies….

aku cuma insan biasa...mengorak langkah memacu jalan...biarpun halangan datang menghalang, aku masih lagi insan yang lemah..... sokonglah aku, pandulah aku agar aku mampu sampai ke satu destinasi yang pasti. aku mahu kuat..!!!...

Tuesday, October 5, 2010

sy syg subjek EDU ni...huhu

ya Allah...hebatnya penangan EDU ni...ape punye asgnmt lah...aku mmg dah x leh nk fikir ape dah...otak aku yang memang tersedia kreatif bengap ni mmg makin out of service lah aku ckp...x de maknenya dah nk kreatif2...lantak la soalan tu nk suh aku jwb kreatif sikit ke ape ke..ade aku kisah???..malas aku nk lyn...

perghh, mmg skit gila la kepala jemala bergeliga otak aku ni..gi mana inih???...masih banyak yg perlu aku siapkan..tp dah x termampu dah...huk3x (batuk pun x ikhlas)...ntah lah.....

Thursday, August 19, 2010

ngantuk + lapar = bengang

aiya, ape la nak jadi...ni aku nk bagi ceramah mengarut pagi2 buta ni...astaga...punya la aku xcited nk wat blog aku ni jd lawa skit (ni semua kes terkantoi mlm td la ni, huwaaaa)..nape semua ini berlaku tanpa kesediaan bersedia aku, pastu ntah ape2 yang jadi ntah smpai aku terpaksa buang balik ape2 gadget yang aku letak sebelum ni...ni dah pukul 4.50 pagi, haruslah aku nak marah kan??..ape ke bagus sgt aku ni sampai x tido2 lagi waktu ini ni.. tahajud ke??(angan2 smpai sudah)..hmm, astaga,,,.sebabnya hanya satu: blog ni bengong..TITIK..

aku memang ngantuk. tapi kenapa mata aku degil??opss...bukan mata...tapi hati...last2 aku buat kputusn tunggu aje la nasik masak...sahur dulu then selesaikn subuh....pastu membuta la suka hati...hmm, ye!..aku tahu aku salah...tido lepas subuh, dah sah2 lah menambahkan lagi kebengapan otak aku yang memang tersedia hebat bengap ni. gi mana inih??...

Saturday, August 14, 2010

hmm?? (garu kepala)

Pagi tadi aku bangun kul 4.40 pagi..aku bangun masak nasi sebab aku dah janji ngan rumate aku yang aku kena masak nasi untuk sahur..tup2,kat ruang tamu tu, aku bertembung dengan budak umah aku yang masih muda remaja lagi (junior aku la mksudnya) . Aku tegur dia

Aku: sahur ke x?
Budak tu : ha, sahur. Nak makan megi je (muka malu2 gitu)
Aku: owh
Budak tu : ni tak tido lagi dri smlm. Umet ore pun same.
Aku: wah (mulut ternganga)

Lepas tu, aku masuk bilik… nak sambung tido balik..
Hmm, aku terpikir..nak tahu ape??..bukan pasal kenapa diorang x tido2 lagi, tapi kenapa reaksi aku mcm malas nak bercakap??..x paham aku…it seems like I am not interested to talk anymore….aiyak..bikin aku susah hati saja…bukan kali ni je, dah berkali2 dah aku rasa aku bagi respon macam tu kat orang..macam x de life pulak aku ni…kesian orang3 itu kan?? (ish2, x patut2)

Hmm, tadi dekat kul 4 petang, aku g turun bawah blok aku yang tersergam indah ni (indah ke??) nak print gambar buah-buahan dan sayur-sayuran..maklumlah aku ni kan budak2 ribena lagi…suka benda2 mcm tu…(macam suka, tapi hampeh je)…semua cam biase…akak kat kedai print pun mcm biase..steady je…sampai aku x kenal pun mne satu satu akak printer tu mne satu pelanggan…rileks suda..aku pun print la apa yang aku nak print tu…gambar buah-buahan, mesti lah nak colour2 kan..punya la excited aku print colour2, tapi ko tahu, hampeh je warna buah-buahan tu…masuk akal ke tidak buah naga kaler hijau?? Ni yang aku nak jadi naga ni.. kan x pasal2 di bulan Ramadhan yang mulia ni…ok stop sampai sini…malas nak over..aku pun malas la nak layan, aku print jelah semua gambar2 tu, malas nak pikir2 dah…habis bawang putih aku jadi hijau..putih hanya tinggal nama…sedih aku dibuatnya…tu x pe lagi..habis print tu, aku pun pegi la bayar kat akak tu, dia pun duk la kira2 berapa aku kena bayar..

Akak printer: 3.50
Aku: berapa?? (nada nak marah orang)
Akak printer: 3.50 (muka konfiden)
Aku: sehelai 30 sen ke?? (sambil3 duk kira duit dalam purse, alamak duit aku tinggal 12 hinggit je lagi)
Akak printer: hah?
Aku: berapa sehelai? (memang pandangan maut la aku bagi kat akak tu, suke nak suh aku ulang 2-3 kali)
Akak printer: ade yang 30 sen ada yang 40 sen
Aku: oh
Last2, aku hulur jelah duit 10 hinggit aku tuh,,, ..(dalam hati, cilaka punya, dah la lemon aku kaler hijau, ko charge mahal jugak, tampal kat dinding 20 sen je sekeping kalu print kaler. aiyak, panas sekejap hati gua)..haha… banyak2 bersabar jelah hyun…

berani, ko kat mne?

Ya Allah, dalam hati aku ni asyik pikir nak kahwin, nak kahwin aje…kenape ek mcm tu…padahal aku calon pun tak de, ape kes la ngade2 nak kahwin eh??..aku seronok tengok org kahwin..menyayangi dan disayangi…cewah…bahagia gitu,..yang halal itu indah kan??...

Hari ni memang apa punya hari la aku…ape punya manusia lah…pemalas betul…x pernah2 lagi seumur hidup aku, aku bgun kul 12.20 pagi…gila punya orang..nasib baek kelas aku start kul 3, kalu x mampus aku…x pegi kelas dah jawabnya kalu kelas kul 12..actually sakit ni lah yang buatkan aku terpaksa tido lebih,..bukan atas nasihat doctor tapi atas pertimbangan aku sendiri..ceh, pertimbangan konon…haha…padahal aku yang suka tido lama2…aku mohon sangat dengan Allah agar penyakit aku ni cepat sembuh,, aku tahu sakit ni nak hapus dosa aku yang berlambak2 tu…kang sihat nnti, aku x sedar diri pulak…makin buat dosa…ye x??..tapi sakit mne ade menyenangkan diri kan?? Aku ni duk asyik menyusahkan org je…org mintak tolong itu ini, aku x larat pun nak tolong…mcm mne nk tolong, nk duduk atas kerusi pun aku x mampu…huhu…kawan3, maafkan aku untuk sementara waktu ni…

Bila aku fikir3 sakit aku ni, mulalah aku hilang keyakinan diri..memang langsung x de keberanian…aku x tahu kenapa aku ni x berani2..dulu ade ar mcm berani (macam ar) , tp skrg langsung x berani…penakut org kata…aku sgt lemah..lemah yang teramat..huhu…dan terus terluka…x tahu la…sedih la pulak rasenya….aku takut nk hidup ni..

Friday, August 13, 2010

mencari hidup

salam...
aku buka blog ni untuk meluahkan segala apa yang terbuku di hati aku...tentang aku...tentang rakanku dan juga tentang sape2 yang aku nak cerita...

     hidup aku pun bukanlah sesukar mana kerana aku sedar payahnya aku, pasti ada lagi manusia yang lebih susah pada aku...ape aku merepek ni??

     bila bercakap tentang hidup, aku merasakan diriku sedikit skema di sini..haha...motiff??..apepun, aku nak mencari hidup yang terbaik..biar susah hidup aku, janji bahagia kan??